Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Wednesday, 5 March 2014

PELANCARAN PROGRAM NILAM & BULAN PUSAT SUMBER 2014



Pada 3 Mac 2014 bertempat di Dataran Ilmu, SMKTHAM telah berlangsung majlis pelancaran Program NILAM dan Bulan Pusat Sumber 2014.  Seawal jam 7.30 pagi, pelajar telah berkumpul dan menanyikan lagu-lagu patriotik dan membacakan ikrar pelajar.  Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian pelancaran oleh Tuan Pengetua seterusnya upacara penyerahan fail NILAM kepada ketua-ketua panitia.

Sebagai selingan, para guru dan pelajar telah disajikan dengan persembahan pendeklamasian sajak.  Seterusnya majlis diteruskan dengan upacara menandatangani Buku Besar.  Majlis telah tamat pada kira-kira jam 8.15 pagi.

Antara program yang dirancang sepanjang Bulan PSS adalah seperti berikut :


  1. Pertandingan mencipta sajak
  2. Pertandingan bercerita
  3. Resensi buku (MA)
  4. Pertandingan melukis poster
  5. Sudut berita
  6. Pertandingan sudut bacaan
  7. Kuiz bestari
  8. Pertandingan teka silang kata
  9. Pertandingan teka muka surat buku

Sekian, terima kasih.

"HARTA akan habis digunakan tanpa ILMU, tetapi sebaliknya ILMU akan berkembang jika digunakan"