Pages

Saturday, 19 July 2014

KEM IBADAH


19 Julai - Hari ini dalam keberkatan Ramadhan telah berlangsung satu program yang telah memberi peluang kepada para pelajar dan warga sekolah atas keberkatan bulan mulia ini.  Berikut adalah butiran program tersebut :

Nama Program : Kem Ibadah
Tarikh : 19 Julai 2014 - 20 Julai 2014
Tempat : Sekitar Sekolah

Berikut adalah gambar yang sempat diambil sebagai kenangan di masa hadapan.























Sekian terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan program ini.  Moga bertemu lagi di lain masa....

Ceramah Nuzul Quran dan Ceramah Pendidikan Moral


Pada 18 Julai 2014, SMKTHAM telah mengadakan 
Ceramah Nuzul Quran dan Ceramah Pendidikan Moral
















Friday, 18 July 2014

Ceramah Pendidikan Moral







Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2014


INFO RINGKAS PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


SAMBUTAN PERISTIWA NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 18 Julai 2014

Hari    : Jumaat 

Tempat : Dewan Terbuka dan Anjung Koperasi

Jemputan  : Semua warga SMKTHAM

Aturcara   : Bacaan Yasin 
               : Ucapan Aluan Oleh Tuan Pengetua
               : Ceramah Dari Tetamu Jemputan
               : Penyampaian Cenderahati
               : Majlis Bersurai

Foto Sepanjang Majlis









Wednesday, 9 July 2014

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014


Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET ataupun APLIKASI MUDAH ALIH.
Tema:
Tema bagi Liga Remaja Kreatif 2014 adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan”
Objektif Pertandingan:
Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Durasi Penyertaan
: Kategori Video: 2 - 5 minit
  Kategori Portal Internet dan Aplikasi Mudah Alih: 1Minit
Tarikh Mula Penyertaan
: 28 Mei 2014
Tarikh Tutup Penyertaan
: 15 Ogos 2014


Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
Tema bagi pertandingan ini adalah Jalur Lebar Untuk Pendidikan dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
C. Terma dan syarat pertandingan

Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2014. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah di antara 2-5 minit dan video keterangan projek bagi kategori PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH hendaklah tidak lebih dari 1 minit.
Penyertaan bagi kategori VIDEO boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh diperolehi melalui laman sesawang berikut  http://lrk.mcmc.gov.my




TAHNIAH!!!

Tahniah kepada semua warga SMK Tun Haji Abdul Malek kerana telah berjaya menerima anugerah Tawaran Baharu Kepada Pengetua Tahun 2013 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.