Pages

Saturday, 30 January 2016

Sukantara Peringkat Sekolah di SMK Tun Haji Abdul Malek

     Pada 28- 29 Januari 2016 telah berlangsungnya sukantara peringkat sekolah bagi sesi pagi dan juga sesi petang. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti lontar peluru, lompat jauh, larian 100m dan 400m dan acara lompat tinggi. Para pelajar dikehendaki untuk menyertai setiap acara bagi mengumpul mata untuk rumah sukan masing- masing. Sukantara yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukanan dalam diri pelajar serta persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan dan Balapan Sekolah pada 25 Februari 2016. 

Berikut ialah gambar yang diambil semasa berlangsungnya sukantara peringkat sekolah.

















Saturday, 16 January 2016

Majlis Sanjungan Kasih Encik Shararuddin Bin Embam

      Pada hari Jumaat bersamaan 15.01.2016 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Persaraan seorang guru yang amat dikasihi oleh seluruh warga kerja SMK Tun Haji Abdul Malek. Cikgu Shararuddin Bin Embam merupakan seorang guru yang mengajar subjek PJK dan sejarah, yang telah berkhidmat selama 32 tahun.

     Pengalaman dan kematangan beliau sepanjang berkihdmat dalam dunia pendidikan telah memberi banyak sumbangan dan jasa dalam menaikkan nama  sekolah ini. Bayangan kehilangannya bakal dirasai buat teman-teman dan anak-anak didiknya.

    Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala komitmen dan jasa yang ditaburkan oleh cikgu Shararuddin selama ini. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.

     Salam perpisahan buat cikgu Shaharuddin. Semoga ukhuwah persahabatan ini akan kekal dalam jalinan sepanjang hayat.

Tuesday, 12 January 2016

Senamrobik Perdana 2016

Pada 12.01.2016, Senamrobik Perdana bertempat di padang SMK Tun Haji Abdul Malek telah diadakan. Program senamrobik ini diketuai oleh Cikgu Farid dan Cikgu Khalijah bersama- sama barisan pelajar Tingkatan 6 atas dan pengawas sekolah.Tahniah kepada semua warga STHAM kerana telah bersama- sama menjayakan program ini. Semoga tahun 2016 ini dianugerahkan keberkatan dan kesihatan yang baik hendaknya.

Monday, 4 January 2016

Selamat kembali ke sekolah!!!

Image result for selamat kembali ke sekolah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH.

Insya-Allah, esok anak-anak semua akan memulakan persekolahan setelah bercuti lama.
Tentu ada ramai yang tidak sabar, terutamanya pelajar darjah dan tingkatan 1 yang akan berdepan suasana dan bertemu rakan baru.
Para ibu bapa juga yang pertama kali menghantar anak ke sekolah tentu merasa sebak dan bangga.
Saya ucapkan selamat bertugas juga kepada guru-guru, tugasan yang anda lakukan amat murni mendidik anak bangsa ke mercu kejayaan.
Kepada anak-anak, sebelum melangkah masuk ke sekolah, cium tangan dan minta berkat ibu bapa, kerana restu ibu bapa amat penting sebelum kita memulakan sesuatu.
Saya doakan semua berjalan lancar. Selamat bersekolah
-Ucapan dipetik daripada https://www.najibrazak.com/bm/blog/kembali-ke-sekolah/

Friday, 1 January 2016

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan 2016

        Selamat datang ke SMK Tun Haji Abdul Malek bagi pelajar- pelajar Tingkatan 1 sesi 2016 serta pelajar peralihan yang mendaftar pada hari ini. Kami warga SMKTHAM mengalu- alukan kedatangan anda di sekolah ini. Dengan rasa berbesar hati, marilah kita sama- sama menjayakan visi dan misi sekolah dengan berslogankan "Berilmu dan Berbakti"


Jika haus, minumlah
Jika lapar, makanlah
Jika salah, maafkanlah
Assalamualaikum wr.wb, sampai jumpa lagi.