Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Saturday, 22 August 2015

LAGU RASMI


  1. LAGU NEGARAKU
  2. MELAKA MAJU JAYA
  3. MELAKA GEMILANG
  4. LAGU SEKOLAH (MINUS v1.0)
  5. LAGU SEKOLAH (MINUS v2.0)
  6. LAGU SEKOLAH (VOKAL)
** Klik pada lagu untuk muat turun.


IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip rukun negara
Pada setiap masa...


IKRAR PELAJAR

Bahawasanya kami pelajar
SMK TUN HAJI ABDUL MALEK
berikrar dan berjanji,
akan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara,
menghormati guru-guru, ibu bapa dan warga sekolah.

Kami akan mematuhi peraturan
dan sentiasa berdisiplin
untuk menjaga nama baik sekolah.

Kami juga akan berusaha
meningkatkan prestasi akademik
dan kokurikulum
untuk mencapai visi sekolah.


Friday, 21 August 2015

LOGO


MAKNA WARNA DAN BENTUK LOGO 

SMK TUN HAJI ABDUL MALEK


PUTIH = BERSIH
BIRU = PERPADUAN
MERAH = SEMANGAT MEMBARA
KUNING = KEDAULATAN DIRAJA
BULAN SABIT = ISLAM AGAMA RASMI
OBOR = SUKAN
GEAR = SAINS DAN TEKNOLOGI
BUKU = ILMU
BULATAN = ANEKA JURUSAN ILMU

Monday, 17 August 2015

Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pada hari ini telah berlangsung perasmian Bulan Kemerdekaan Malaysia peringkat SMKTHAM.  Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa sebelum dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKTHAM.  Program diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik secara bersemangat dan meriah.









Pada kesempatan hari ini juga, seluruh warga SMKTHAM mendoakan perjalanan yang diberkati kepada Cikgu Azman dan Cikgu Hidawati yang bakal mengerjakan ibadah Hajj pada tahun ini.  Semoga kedua-dua guru mendapat Hajj yang mabrur.  



Sunday, 16 August 2015

"Camp Fire" Pengakap 2015

Pada hari ini telah berlangsung satu "camp fire" bagi badan beruniform Pengakap SMKTHAM.  Persediaan telah dilakukan oleh semua ahli pengakap selama seminggu di padang sekolah.  Kemuncak acara telah diadakan pada malam ini bertempat di SMKTHAM dengan dihadiri oleh barisan pentadbir dan guru-guru.  Program pada hari ini telah dirasmikan oleh .......







Saturday, 15 August 2015

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2015

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pengiring pasukan Robotik SMKTHAM yang berjaya memperolei Johan dalam Pertandingan Robotik Peringkat Melaka 2015.



Pertandingan Memasak Maggi Peringkat Melaka

SMKTHAM telah berjaya memperolehi tempat ketiga dalam Pertandingan Memasak Maggi Peringkat Melaka.  Sekalung tahniah kepada guru dan pelajar yang bertanding.  Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertandingan ini,




Friday, 14 August 2015

UJIAN LISAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS PT3/2015

Pada minggu ini telah berlangsung Ujian Lisan PT3 untuk semua calon PT3 tahun 2015 ini.  Ucapan tahniah kepada semua para pelajar yang telah hadir dan melaksanakan ujian dengan jayanya.  Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua guru pengawas ujian ini di samping semua AJK Unit Peperiksaan khususnya Setiausaha dan Penolong Setiausaha PT3.  Terima kasih kepada pentadbir dan guru-guru lain yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.












Tuesday, 11 August 2015

Perkhemahan Badan Beruniform SMKTHAM

Pada 7 Ogos sehinggan 9 Ogos 2015 telah diadakan satu perkhemahan peringkat sekolah iaitu Perkhemahan Badan Beruniform SMKTHAM.  Program ini telah diadakan di Taman Botanikal dengan 106 peserta dari semua badan beruniform.  Pelbagai acara luar telah dirancang demi mencapai objektif yang dirancang.