Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Friday, 31 October 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS SMKTHAM 2014


PROGRAM  : JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PENGAWAS SMKTHAM 2014
TARIKH       : 31 OKTOBER 2014 (JUMAAT)
TEMPAT      : HOTEL ORKID MELAKA.





Wednesday, 22 October 2014

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SMKTHAM-JAMBI-PALEMBANG 2014

Pada hari ini telah bermulanya pelaksanaan Program Pengantarabangsaan SMKTHAM ke Jambi dan Palembang. Program ini telah dirangka dan disiapsedia sejak 2 bulan yang lalu. Pelbagai perjumpaan dan taklimat telah diadakan bagi memastikan kelancaran program ini. Program ini telah disertai oleh 30 orang guru termasuk Tuan Pengetua dan seorang jemputan pengetua dari SMKST. Walau bagaimana pun, pada hari ini kumpulan delegasi hanya disertai oleh 26 orang sahaja berikutan masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Rombongan delegasi telah memulakan perjalanan dari SMKTHAM ke KLIA2 pada jam 3.30 pagi menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari SMKTM. Semua ahli deligasi klihatan sangat bersemangat dan bertenaga dalam usaha mengumpulkan ilmu dan pengalaman yang bakal dikutip dan dipraktikkan dari tempat lawatan kelak. Suatu yang berat telah dipikul oleh setiap ahli delegasi. Tepat jam 6.00 pagi, semua delegasi tiba di KLIA2 walaupun beberapa kali telah tersesat. Setibanya di KLIA2, semua delegasi menyempurnakan solat Subuh dan solat sunat musafir sebelum berkumpul kembali untuk bersarapan pagi. Ucapan terima kasih kepada AJK yang bertungkus lumus menyediakan sarapan yang sungguh enak dan menyelerakan.
Tepat jam 7.00 pagi, semua delegasi bergerak ke kaunter pendaftaran masuk dan kaunter pemeriksaan kastam. Tiada sebarang masalah kritikal berlaku sepanjang sesi pemeriksaan dan semuanya berjalan lancar sehinggalah kami semua mendarat di Lapangan Sultan Mahmus Badaruddin II, Palembang.

Tuesday, 21 October 2014

SAMBUTAN PRA-PERAYAAN DEEPAVALI SMKTHAM 2104

PROGRAM : SAMBUTAN PRA-PERAYAAN DEEPAVALI SMKTHAM 2104

TARIKH : 21 OKTOBER 2104

TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SMKTHAM


Sambutan pra-perayaan Deepavali 2014 telah diadakan dengan kerjasama semua guru-guru dan para pelajar. Sambutan dilihat begitu meriah dan sangat menggembirakan hati warga sekolah dan para tetamu yang hadir. Antara objektif program ini adalah untuk meraikan warga sekolah yang menyambut perayaan ini di samping memupuk semangat hidup bermuafakat dan saling hormat-menghormati budaya dan kepercayaan 1 Malaysia.
Berikut adalah wajah-wajah kegembiraan sepangjang program ini berlangsung.



Friday, 3 October 2014

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SMKTHAM (SESI PETANG)

<iframe src="https://docs.google.com/file/d/0BxnTkpqyWNiCMDJTbFhMX0dmUnc/preview" width="640" height="480"></iframe>