Pages

Wednesday, 23 November 2016

Manual Pengurusan Cuti melalui Sistem HRMIS

Manual pengurusan cuti melalui HRMIS boleh muatturun dengan klik pada pautan di bawah : -

Manual Pengurusan Cuti_HRMIS

Monday, 1 August 2016

MERENTAS DESA PATRIOTISME DAN SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN 2016


Friday, 6 May 2016

Minggu Orientasi Tingkatan 6 SMKTHAM



Pada 4 Mei yang lalu, seramai kira-kira 82 orang pelajar baru Tingkatan 6 Bawah telah mendaftar di SMK Tun Haji Abdul Malek.  Pelajar-pelajar ini telah ditawarkan jurusan Sastera bagi subjek berikut :

Wednesday, 4 May 2016

Hari HEBAT KoKurikulum SMKTHAM

Pada tarikh ini, SMKTHAM telah mencatatkan pelbagai kejayaan dalam pertandingan di bidang kokurikulum mahu pun kurikulum peringkat luar sekolah.  Adalah menjadi kebanggaan warga sekolah atas kejayaan yang dicipta oleh semua pelajar-pelajar ini.  Semoga kejayaan ini menjadi titik kejayaan-kejayaan yang mendatang di masa hadapan demi menaikkan nama SMKTHAMkusayang ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN WEB SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI MELAKA 
ANJURAN PUSTAKAM

Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang guru moderator buat pertama kalinya telah terpilih di peringkat akhir PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN WEB SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI yang bertempat di SMK Hj Dato Talib Karim, Alor Gajah.  Semua peserta telah dikuarantin sebelum diuji secara berkumpulan di bilik perbentangan.   Terdapat 2 peringkat ujian.  Suatu pengalaman yang sangat baik dan mendebarkan apabila melihat ramai peserta yang lebih berpengalaman dari kami.

Sesi pengumuman dan penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Mesyuarat SMKDTK.  Kami seperti tidak percaya apabila diumumkan oleh Ketua Hakim bahawa kami beroleh Tempat ke-3 daripada 37 buah sekolah yang bertanding.  Pengalaman pertama ini mencatatkan kemanisan dan kami akan terus berusaha meningkatkan kemahiran ICT dan persembahan kami di masa akan datang kelak.


Thursday, 28 April 2016

PROGRAM PERMATA : Kecemerlangan STPM Penggal 2



April 28, Melaka Tropikal Fruit Farm : Seramai 52 orang pelajar Tingkatan 6 Atas telah terlibat dalam satu program kecemerlangan STPM bagi mereka yang akan  menduduki peperiksaan Penggal Dua STPM bulan Mei 2016.


Monday, 25 April 2016

Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangna UK1 dan Pelantikan Guru Muda


Rentetan daripada Program Penetapan & Akujanji PT3, SPM dan STPM pada Sabtu lalu, pihak sekolah telah mengadakan satu perhimpunan khas bagi meraikan pelajar-pelajar yang mendapatkan keputusan cemerlang di dalam Ujian Kemajuan 1 dan pelantikan Guru Muda mengikut subjek tertentu.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua sendiri dan disaksikan oleh semua warga sekolah di Tapak Perhimpunan SMKTHAM.  Diharapkan majlis ini menjadi satu insprirasi kepada pelajar-pelajar lain dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka.

Berikut antara gambar-gambar sekitar majlis ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan UK1


Program Penetapan & Akujanji PT3, SPM dan STPM


Pada 23 April 2016 (Sabtu) yang lalu, satu Program Penetapan & Akujanji PT3, SPM dan STPM telah diadakan di Dewan Terbuka SMKTHAM.  Program ini bermula dengan pendaftaran pelajar, ibu bapa dan guru pada jam 7.30 pagi lagi.  Program ini adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai akademik yang cemerlang di dalam suku tahun ini dan melantik beberapa orang pelajar sebagai guru muda kepada rakan-rakan mengikut subjek tertentu.  Ini secara tidak langsung akan membantu pelajar-pelajar lemah meningkatkan akademik mereka bersama-sama rakan-rakan mereka sendiri.

Friday, 22 April 2016

GOTONG ROYONG PERDANA

 

Monday, 11 April 2016

Pertandingan Perbahasan Bahasa Cina Sekolah Menengah

Pertandingan Perbahasan Sekolah Menengah Peringkat  Negeri Melaka
Tarikh : 8-4-2016 Pusingan Pertama
9-4-2016  Pusingan Dua
16-4-2016 Separuh Akhir Dan Akhir

Tahniah kepada semua peserta dan semoga berjaya memperolehi kejayaan!!!!



 #gambar akan dimuat turunkan kemudian... 

Monday, 29 February 2016

KEM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN PENGAWAS DAN KOKURIKULUM 2016

Tarikh: 27-28 Februari 2016
Tempat : Kem Serama Eco, Melaka
Penganjur : Unit Kokurikulum dan Unit Badan Beruniform


Wednesday, 3 February 2016

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2016

     Pada 29 Januari hingga 31 Januari 2016 bertempat di Pusat Kokurikulum Melaka, Kg.Lancang, Merlimau,Melaka telah berlangsung  Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber (PSS) Sekolah Menengah. Kem ini telah menggabungkan 117 orang pengawas Pusat Sumber Dari SMK Tun Haji Abdul Malek dan SMK Malim. Menurut Pengetua SMK Tun Haji Abdul Malek; Encik Razali bin Ali, program ini merupakan julung kalinya diadakan kolaborasi bersama SMK Malim Untuk menjana idea-idea baharu dlm memperkasakan pusat sumber sekolah antara kedua-dua buah sekolah ini. 
Diharapkan usaha sebegini akan diteruskan dengan kolaboratif lebih banyak sekolah sekitar Melaka. 

     Program ini dilihat sebuah program yang baik dalam usaha mendedahkn semua pengawas pss ttg bidang tugas mereka sebagai seorang pengawas pusat sumber sekolah yang berkesan di samping melahirkn seorang pemimpin yg berdedikasi dan amanah dlm menjalankn tugas.

     Pada majlis perasmian program ini, YB Datuk Roslan Bin Ahmad (ADUN Merlimau) dalam ucapannya sangat menghargai kehadiran para pelajar ke daerah Merlimau dan menggalakkan lebih banyak sekolah mengadakan kolaborasi seperti ini dalam pelbagai bidang lain di masa hadapan. Dalam menjalankan tugas Sebagai pemimpin di sekolah, beliau berharap para pelajar dapat menimba pengetahuan dan menggilap kepimpinan di dalam Kem ini sekaligus dapat menjalankan tugas harian seorang pengawas Pusat Sumber yang Berkaliber di sekolah nanti. Di akhir majlis perasmian, YB Datuk telah Berbesar hati menyampaikan sedikit sumbangan kepada para peserta Kali ini.

     Menurut Pengarah program ini; Puan Aziah binti Bidin, Ken ini juga menyelitkan aktiviti2 fizikal dan ilmu sains sosial seperti Pandu Arah, Rentas Halangan dan Meredah Hutan dalam usaha membimbing para peserta perkhemahan tentang komunikasi berkesan.  Komunikasi berkenaan sangat diperlukan dalam organisasi pengawas PSS di samping dalam berkomunikasi bersama para pelanggan PSS kelak.
     Bagi peserta perempuan terbaik kem ini; adik xXxX, Ken ini sangat terkesan kerana dapat membantu beliau menjalankan tugasnya kelak di PSS dengan baik kerana boleh bertukar-tukar Pendapat dengan rakan-rakan baru tentang tugas-tugas seorang pengawas PSS.

Saturday, 30 January 2016

Sukantara Peringkat Sekolah di SMK Tun Haji Abdul Malek

     Pada 28- 29 Januari 2016 telah berlangsungnya sukantara peringkat sekolah bagi sesi pagi dan juga sesi petang. Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti lontar peluru, lompat jauh, larian 100m dan 400m dan acara lompat tinggi. Para pelajar dikehendaki untuk menyertai setiap acara bagi mengumpul mata untuk rumah sukan masing- masing. Sukantara yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukanan dalam diri pelajar serta persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan dan Balapan Sekolah pada 25 Februari 2016. 

Berikut ialah gambar yang diambil semasa berlangsungnya sukantara peringkat sekolah.

















Saturday, 16 January 2016

Majlis Sanjungan Kasih Encik Shararuddin Bin Embam

      Pada hari Jumaat bersamaan 15.01.2016 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Persaraan seorang guru yang amat dikasihi oleh seluruh warga kerja SMK Tun Haji Abdul Malek. Cikgu Shararuddin Bin Embam merupakan seorang guru yang mengajar subjek PJK dan sejarah, yang telah berkhidmat selama 32 tahun.

     Pengalaman dan kematangan beliau sepanjang berkihdmat dalam dunia pendidikan telah memberi banyak sumbangan dan jasa dalam menaikkan nama  sekolah ini. Bayangan kehilangannya bakal dirasai buat teman-teman dan anak-anak didiknya.

    Warga sekolah mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas segala komitmen dan jasa yang ditaburkan oleh cikgu Shararuddin selama ini. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Berdoalah kita agar aman dan sentosa. Semoga dapat kita berjumpa di lain masa.

     Salam perpisahan buat cikgu Shaharuddin. Semoga ukhuwah persahabatan ini akan kekal dalam jalinan sepanjang hayat.

Tuesday, 12 January 2016

Senamrobik Perdana 2016

Pada 12.01.2016, Senamrobik Perdana bertempat di padang SMK Tun Haji Abdul Malek telah diadakan. Program senamrobik ini diketuai oleh Cikgu Farid dan Cikgu Khalijah bersama- sama barisan pelajar Tingkatan 6 atas dan pengawas sekolah.Tahniah kepada semua warga STHAM kerana telah bersama- sama menjayakan program ini. Semoga tahun 2016 ini dianugerahkan keberkatan dan kesihatan yang baik hendaknya.

Monday, 4 January 2016

Selamat kembali ke sekolah!!!

Image result for selamat kembali ke sekolah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SEKOLAH.

Insya-Allah, esok anak-anak semua akan memulakan persekolahan setelah bercuti lama.
Tentu ada ramai yang tidak sabar, terutamanya pelajar darjah dan tingkatan 1 yang akan berdepan suasana dan bertemu rakan baru.
Para ibu bapa juga yang pertama kali menghantar anak ke sekolah tentu merasa sebak dan bangga.
Saya ucapkan selamat bertugas juga kepada guru-guru, tugasan yang anda lakukan amat murni mendidik anak bangsa ke mercu kejayaan.
Kepada anak-anak, sebelum melangkah masuk ke sekolah, cium tangan dan minta berkat ibu bapa, kerana restu ibu bapa amat penting sebelum kita memulakan sesuatu.
Saya doakan semua berjalan lancar. Selamat bersekolah
-Ucapan dipetik daripada https://www.najibrazak.com/bm/blog/kembali-ke-sekolah/

Friday, 1 January 2016

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan 2016

        Selamat datang ke SMK Tun Haji Abdul Malek bagi pelajar- pelajar Tingkatan 1 sesi 2016 serta pelajar peralihan yang mendaftar pada hari ini. Kami warga SMKTHAM mengalu- alukan kedatangan anda di sekolah ini. Dengan rasa berbesar hati, marilah kita sama- sama menjayakan visi dan misi sekolah dengan berslogankan "Berilmu dan Berbakti"


Jika haus, minumlah
Jika lapar, makanlah
Jika salah, maafkanlah
Assalamualaikum wr.wb, sampai jumpa lagi.