Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Saturday, 1 March 2014

LDP FrogAsia VLE Untuk Guru-Guru

LDP FrogAsia VLE Untuk Guru-Guru SMKTHAM
24 sehingga 25 Februari 2014
Makmal Komputer SMKTHAM

Dengan kesedaran tentang kepentingan dan keperluan guru-guru tentang pengenalan 1 platform pendidikan masa depan iaitu FrogAsia VLE yang menghubungkan lebih 5 billion pelajar dan 4.5 billion ibu bapa dengan 500,000 guru, Unit ICTL SMKTHAM telah merangka satu program untuk memperkenalkan dan menggalakkan guru dan pelajar menggunakan FrogAsia VLE dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.

Untuk peringkat pertama, Unit ICTL telah mengadakan LDP untuk guru-guru.  Selama 2 hari berturut-turut guru-guru telah dibimbing oleh fasilitator-fasilitator yang terlatih.  Secara keseluruhannya, semua guru telah berjaya mewujudkan "dashboard" masing-masing dan bersedia menggunakan FrogAsia VLE untuk PdP akan datang.

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam sepanjang aktiviti ini dijalankan.

Tuan Pengetua juga tidak ketinggalan menyertai aktiviti guru ini


Fasilitator memberi tunjuk ajar kepada guru
Wajah ceria guru semasa LDP




















Terima kasih kepada semua penceramah; Puan Hoo Miew Lin dan Puan Mariani bersama fasilitator-fasilitator (Puan Azlinda, Puan Azura, Puan Khalijah dan Puan Sakinah).  Semoga program ini telah dapat membantu PdP seharian di SMKTHAM