Pages

Thursday, 26 March 2015

PERTANDINGAN PIDATO DI-RAJA PERINGKAT KAWASAN TANJONG 2015

Laporan akan dikemaskini secepat mungkin

Wednesday, 25 March 2015

MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGETUA SMKTHAM

Laporan akan dikemaskini secepat mungkin

Tuesday, 24 March 2015

UPACARA PECAH TANAH DAN PERASMIAN TANGGA 1 MALAYSIA

Laporan akan dikemaskini secepat mungkin

Friday, 13 March 2015

DOA UNTUK ADIK NURUL AISHAH


> Semalam (12 Mac 2015) telah diadakan perhimpunan sekolah khas untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan adik Nurul Aishah.  Adik Nurul merupakan salah seorang pegawai teknikal yang tercedera semasa bertugas di padang .  Tindakan penganjur Kejohanan Olahraga dan Padang kali ke-43 telah menyelamatkan adik Nurul daripada kecederaan yang lebih serius.
>
> Sebagai tanda prihatin dan kasih sayang antara warga sekolah, perhimpunan ini telah diadakan.  Seluruh warga sekolah mendoa dan mengharapkan kesejahteraan  adik Nurul.  Tabung kebajikan untuk adik Nurul turut dilancarkan sejurus selepas perhimpunan ini.
>
> Semoga adik Nurul akan sihat seperti sedia kala dan dapat ke sekolah untuk meneruskan pelajarannya.

KURSUS PLATUN KOMANDER DAN PLATUN

Pada 23 Februari sehingga 27 Februari 2015 yang lalu, Kursus Platun Komander dan Platun Sarjan.  Kursus ini adalah anjuran Unit Kokurikulum Melaka dengan kerjasama PDRM.  Peluang ilmu ini telah diberikan kepada 90 orang Sarjan dan 90 Komander dari pelbagai sekolah di sekitar negeri Melaka ini.
Bagi SMKTHAM, Cikgu Rozana binti Zainal dan adik Halizah binti Sulaiman telah terpilih mengikuti kursus ini.  Pelbagai aktiviti dan penilaian telah diadakan.  Apabila tamat kursus ini, kedua-dua wakil sekolah ini telah mengharumkan nama sekolah apabila terpilih sebagai antara Sarjan Platun yang cemerlang.  Kedua-duanya telah diberi gelaran Inspektor dan Sarjan. 


Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta ini.  
Bersama meningkatkan kecemerlangan SMKTHAM.

Thursday, 12 March 2015

PELAJAR CEMERLANG SPM 2015





Senarai Penuh Keputusan Pelajar Cemerlang Ini akan diterbitkan secepat mungkin.  Harap Maklum

PELAJAR CEMERLANG STPM KE MENARA GADING








   



Tuesday, 10 March 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSNM KAWASAN TANJONG KALI KE-43

Bagi tahun 2015 ini, SMKTHAM telah diberi kepercayaan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Negeri Melaka Kawasan Tanjong kali ke-43.  Kejohanan berlangsung pada 10 Mac sehingga 13 Mac 2015 bertempat di Padang Sekolah dan Stadium Hang Jebat.  Sebanyak 49 buah sekolah telah mengambil bahagian terdiri daripada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Swasta di sekitar kawasan Tanjong.

Acara perasamian telah diadakan pada 10 Mac 2015 bertempat di Stadium Hang Jebat.  Acara bermula pada jam 2.30 petang dengan persembahan kompang dari pelajar-pelajar SMKTHAM.  Pihak penganjur berbesar hati apabila Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah sudi merasmikan kejohanan ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari kejadian.

























PROGRAM MENCARI BAKAT BERBASIKAL

Pada 10 Mac 2015, SMKTHAM telah menerima kunjungan dari ISN.  Kunjungan seramai 11 orang pegawai dari ISN Negeri Melaka dan ISN Bukit Jalil telah diketui Puan Zuraifah Abd Rahim.

Program ini memberi satu pandangan yang baharu kepada para peserta.  Selain itu pendedahan seperti ini telah memberi peluang keemasan.  Bagi peserta yang berkelayakan, merek dapat meningkatkan kemahiran mengikut program yang telah dirangka oleh ISN.

Berikut adalah antara rentetan program berkenaan...

Monday, 9 March 2015

MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

TARIKH : 09 MAC 2015
TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN
VVIP : PEGAWAI PERHUBUNGAN PDRM SEKOLAH

SEDIKIT MEMORI MAJLIS