Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Friday, 30 January 2015

SAMBUTAN HARI PONGGAL PERINGKAT SEKOLAH












SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH













Thursday, 29 January 2015

PERSARAAN PUAN HABIBAH


Pada tanggal 28 Januari 2015, SMKTHAM telah kehilangan seorang wirawati ilmu yang gemilang khususnya bagi Panitia Bahasa Inggeris.  Sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan persaraan Cikgu Habibah bin Chonel.  Pada jam 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku ikuti dengan lagu negeri Melaka dan Negeri Bandar Teknologi.  Majlis diteruskan pula dengan bacaan doa untuk memberkati majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan biodata beliau dan tanyangan montaj.  Dalam acara tersebut, segala jasa dan usaha cikgu Habibah telah disentuh. Beliau telah sangat berjasa terutamanya dalam mengekalkan kecemerlangan Bahasa Inggeris pelajar di sekolah ini di samping memastikan sekolah sentiasa bersih dan sedap mata memandang. Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah. Sikap cikgu Habibah yang membuatkan guru-guru mudah berurusan dengannya serta sikapnya yang mudah menerima teguran menjadikannya lebih mudah didekati.

Akhirnya, cikgu Habibah dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan. Suasana sedih dan pilu menyelebungi para pelajar dan guru.  Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Sebelum berakhir, semua pentadbir dan guru mengiringi Cikgu Habibah melangkah kaki keluar dari sekolah.

Berikut antara foto-foto kenangan buat SMKTHAM dan khususnya kepada Puan Habibah binti Chonel.



















Buat Cikgu Habibah, selamat menempuh kehidupan yang cemerlang di dunia mahu pun di akhirat.  Selalu-selalulah berkunjung ke sekolah ini... Rindu-rindulah kami di sini...

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Terima kasih CIKGU!!!!!





Tuesday, 20 January 2015

SENAMROBIK PERDANA 1/2015

Satu keutamaan bagi semua warga SMKTHAM adalah mementingkan kecergasan dan kecerdasan fizikal bagi menjamin mental dan pembelajaran yang aktif dan berkesan.  Seperti tahun 2014, acara SENAMROBIK tetap merupakan acara Mingguan bagi semua warga SMKTHAM.  Pada tahun ini, penambahbaikkan telah diadakan dengan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi melancarkan program ini.  Berikut adalah sebahagian acara tersebut.

















Terima kasih kepada Cikgu Farid dan Cikgu Khalijah bersama pasukan Senamrobik sekolah. Diharapkan lebih ramai lagi pelajar yang merebut peluang menjadi sebahagian instruktor senamrobik sekolah.