Pages

Tuesday, 17 February 2015

SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA

Di suasana pagi yang hening dan sejahtera hari ini (17/02/2014), SMKTHAM telah menganjurkan satu sambutan yang meriah dan ceria. Majlis pada kali ini dimulakan dengan nyanyian lagu2 kebangsaan dan ucapan aluan dari Tuan Pengetua.  Tuan Pengetua telah menceritakan serba sedikit sejarah sambutan perayaan dan mengalu-alukan kesemua hadirin jemputan yang sangat istimewa bahi SMKTHAM ini.
Acara seterusnya adalah ucapan perasmian oleh mantan pelajar SMKTHAM iaitu YB Datuk Lim Ban Hong (Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek).  Keterujaan ucapan sangat dirasai dan beliau telah memberi 5 tips menjadi manusia yang hebat seperti beliau.  Antara lainnya adalah:
1. Pelajar perlulah menetapkan misi dan haluan
2. Segala usaha perlu berterusan.
3. Sentiasa menghormati ibu bapa, guru dan orang yang lebih tua.
4. Berfikiran positif walau pun pencapaian yang diterima hanyalah pencapaian yang sedikit.
5. Berlaku adil dan tolong menolong antara satu sama lain.

Setelah ucapan perasmian, acara memukul gendang oleh Pengetua, YB Datuk Lim dan GPK Disiplin telah diadakan sebagai simbolik perasmian.  Hadirin seterusnya disajikan dengan persembahan pentomin, lakonan dan nyanyian beramai-ramai sempena sambutan perayaan ini.

Berikut adalah rentetan acara pada hari ini.





Semoga semangat 1 Malaysia terus berkekalan di jiwa warga SMKTHAM.

Saturday, 14 February 2015

LAWATAN TIMBALAN MENTERI MOSTI

SMKTHAM pada minggu ini telah  menerima kunjungan rasmi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah serta pegawai-pegawai
MOSTI bertempat di Planetarium Negara Kuala Lumpur.  Ketibaan YB Timbalan Menteri dan rombongan telah disambut oleh Tuan Pengetua, GPK, GKMP dan kaunselor sekolah. Program lawatan dimulai dengan sesi bergambar, sesi penyerahan bantuan kepada pelajar yatim dan diikuti pesanan ringkas oleh YB Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) serta jamuan ringan.  Sebelum pulang, beliau telah berpeluang melawat di sekitar taman sekolah termasuk padang sekolah.

Terima kasih semua.  

Bergambar sebelum majlis penyampaian bantuan

YB bersama pengetua sempat melihat sudut-sudut mata pelajaran

YB tidak melepaskan peluang menyampaikan ucapan perayaan

Sesi melawat sekolah dan prasarana sekolah

YB sempat beramah mesra bersama pelajar dan guru SMKTHAM

Bergambar kenangan selepas melawat padang sekolah 



Friday, 13 February 2015

Bacaan Yaasin

Berita terkini Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
meninggal dunia pada 12 Februari 2015. Seluruh warga SMKTHAM mengucapkan takziah
kepada keluarga Allahyarham Mursyidul am PAS Datuk Nik
Aziz yang disahkan menghembuskan nafas terakhir pada
pukul 9 . 40 malam khamis di kediamannya di Kampung
Pulau Melaka, Kota Baharu , Kelantan . Berita
mengenai kematian Tuan Guru Nik Aziz turut disahkan
oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.
Seluruh warga sangat merasa sedih dengan berita pemergian tokoh ulama.  Oleh demikian, program bacaan yaasin hari ini ditujukan khas untuk beliau di bawah pimpinan saudara Farid.  Kesedihan jelas dizahirkan dalam bacaan doa saudara Fadhil yang mendayu dan mendambakan.  Semoga arwah diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.

Thursday, 12 February 2015

Tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 6 Sains Sukan atas lantikan sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan akuatik MSSM peringkat Negeri Melaka 2015.  Para pelajar telah mendapat pujian daripada pengelola dan ibu bapa yg hadir sepanjang bertugas pada 10 hingga 12 Feb 2015 yang lalu. Semoga pengalaman yang mereka perolehi di Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka ini membantu mereka membentuk jati diri dan keyakinan diri yang tinggi di masa hadapan sekali gus menaikkan nama SMKTHAM di persada sukan MSSM ini.

Tuesday, 10 February 2015

Program Semarak Ilmu di SMK Seri Tg anjuran IKSEP

Pelajar sejarah, pelajar seni visual yang membantu menyiapkan mural, sains sukan yang bertugas sebagai pegawai teknikal kejohanan.
Aktiviti pelajar membantu guru untuk program pss cemerlang, senamrobik pun masukkan sekali.👍👍👍

Monday, 9 February 2015

KURSUS ASAS PETANQUE SMKTHAM

Pada hari Sabtu yang lepas (7 Februari 2015), Kelab Petanque telah mengadakan sebuah kursus asas permainan Petanque.  Peserta terdiri daripada 50 orang pelajar dan 10 orang guru-guru yang meminati permainan ini.  Untuk menambahkan nilai pada kursus ini, kelab telah berbesar hati apabila berjaya menjemput seorang Jurulatih dan kumpulan pemain SUKMA Negeri Melaka untuk bersama-sama memberi pengetahuan asas dan teknik asas permainan petanque ini.  Di akhir kursus ini, semua peserta telah berjaya mencapai objektif kursus dan kelab berhasrat untuk mengadakan pertandingan dalaman dan seterusnya membawa peserta berbakat ke pertandingan-pertandingan luar.

Juataan terima kasih diucapkan kepada Puan Rosnah dan Atlit Petanque SUKMA Melaka serta semua guru-guru dan para pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Antara rakaman sepanjang program berlangsung.
 


 
   

 

Friday, 6 February 2015

PERTANDINGAN KALIGRAFI











MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH