PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN WEB SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI MELAKA
ANJURAN PUSTAKAM
Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang guru moderator buat pertama kalinya telah terpilih di peringkat akhir PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN WEB SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI yang bertempat di SMK Hj Dato Talib Karim, Alor Gajah. Semua peserta telah dikuarantin sebelum diuji secara berkumpulan di bilik perbentangan. Terdapat 2 peringkat ujian. Suatu pengalaman yang sangat baik dan mendebarkan apabila melihat ramai peserta yang lebih berpengalaman dari kami.
Sesi pengumuman dan penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Mesyuarat SMKDTK. Kami seperti tidak percaya apabila diumumkan oleh Ketua Hakim bahawa kami beroleh Tempat ke-3 daripada 37 buah sekolah yang bertanding. Pengalaman pertama ini mencatatkan kemanisan dan kami akan terus berusaha meningkatkan kemahiran ICT dan persembahan kami di masa akan datang kelak.
Tahniah kepada :
- Adik Farhah
- Adik Marh
- Adik Nurasyah
- Puan Siti Khalijah (Moderator)
PERTANDINGAN NANYIAN SOLO PERINGKAT MELAKA TENGAH
Adik Aisyah berjaya mendapat tempat ke-tiga secara keseluruhan peserta yang bertanding.
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS PERINGKAT MELAKA TENGAH
Kumpulan Drama Komsas SMKTHAM telah berjaya mendapat tempat ke-tiga dan Adik Syauki berjaya merangkul Pelakon Pentas Terbaik dengan lakonan pentas bertajuk GILA.
PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT TANJONG
Adik Siti Laili telah berjaya beroleh JOHAN di dalam Pertandingan Pidato Piala DiRaja Peringkat Kawasan Tanjong dan akan mewakili kawasan Tanjong ke peringkat negeri Melaka pada bulan hadapan.
Semoga SMKTHAMkusayang terus Cemerlang Kokurikulum...








