Pada 23 April 2016 (Sabtu) yang lalu, satu Program Penetapan & Akujanji PT3, SPM dan STPM telah diadakan di Dewan Terbuka SMKTHAM. Program ini bermula dengan pendaftaran pelajar, ibu bapa dan guru pada jam 7.30 pagi lagi. Program ini adalah bertujuan memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai akademik yang cemerlang di dalam suku tahun ini dan melantik beberapa orang pelajar sebagai guru muda kepada rakan-rakan mengikut subjek tertentu. Ini secara tidak langsung akan membantu pelajar-pelajar lemah meningkatkan akademik mereka bersama-sama rakan-rakan mereka sendiri.
Menurut Tuan Pengetua, program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan akademik pelajar pertengahan. Pelajar guru muda akan membantu pelajar pertengahan ini sekali gus dapat melonjakkan pencapaian rakan-rakan mereka. Secara keseluruhannya, diharapkan pencapaian akademik SMKTHAMku sayang ini akan meningkatkan dan terus mewangi di masa hadapan.
Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Wira Mohd Yusoff bin Mahdi, manakala ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr. Norliah Kudus iaitu seorang pakar motivasi merangkap Pensyarah Kanan UTeM.
Berikut adalah antara gambar-gambar sekitar program ini.
Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama Datuk Wira
Sesi perasmian program bermula
Antara ibu bapa dan guru yang hadir di dalam program ini
Ucapan perasmian oleh Datuk Wira
Ucapan Aluan oleh Tuan Pengetua
Sesi perkongsian idea dan permasalahan bersama pelajar
Jamuan ringkas dapat merapatkan hubungan antara pelajar dan ibu bapa
Sesi motivasi yang bersemangat dari Dr. Noriah
Hubungan erat antara pelajar penting dalam meningkatkan pencapaian akademik bersama
Sesi motivasi visual
Sesi bacaan ikrar dan akujanji pelajar-pelajar
Tahniah kepada semua pelajar dan guru atas kecemerlangan program ini, Sekian.

















