Pada hari yang dirancangkan, lebih 80% warga pendidik dan kakitangan sokongan yang berlumba-lumba menunjukkan kepakaran dan kemahiran masing-masing di samping merapatkan hubungan antara satu sama lain.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah
- mengecat bangunan sekolah (Anjuran Bidang Bahasa)
- menjahit sarung banquet (Anjuran Teknik dan Vokasional)
- membina mural dan dinding bertema (Anjuran Bidang Kemanusiaan)
- mengecat tangga kambing (Anjuran Bidang Sains dan Matematik)
- dan lain-lain
Berikut adalah gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama.
Semoga urusan warga SMKTHAM dipermudahkan dan semoga ikatan ukhuwah ini dapat dikekalkan dalam usaha menaikkan kecemerlangan SMKTHAM.














