Pages


MESYUARAT AGUNG KELAB/PERSATUAN DAN UNIT BERUNIFORM 2014




MESYUARAT AGUNG KELAB/PERSATUAN 
DAN UNIT BERUNIFORM 2014



Pada tarikh 5 Februari sehingga 7 Februari 2014, semua warga SMKTHAM sesi pagi dan sesi petang telah melangsungkan perjumpaan pertama bagi kelab/persatuan serta unit beruniform.  

Semua guru penasihat dan pelajar telah berkumpul mendengar taklimat daripada Unit Ko-Kurikulum sebelum diagihkan kepada tempat-tempat perjumpaan yang telah ditetapkan.

Berikut adalah moment yang sempat dirakan oleh lensa kamera sepanjang 3 hari perjumpaan itu.

   

   

 


 
     
 


Terima kasih atas kerjasama semua pelajar dan guru-guru yang terlibat.


PROGRAM PERKONGSIAN BESTARI MATEMATIK TAMBAHAN



PROGRAM PERKONGSIAN BESTARI MATEMATIK TAMBAHAN
8 FEBRUARI 2014 (SABTU)
8.00 PAGI - 1.30 PETANG

Pada hari ini (8 Februari 2014), Panitia Matematik Tambahan dengan kerjasama Unit Kaunseling SMKTHAM telah mengadakan satu program usahasama bersama SBPI Selandar.  Program ini dikenali sebagai Perkongsian Bestari Matematik Tambahan 2014.

Seramai 25 orang pelajar dari SBPI Selandar dengan seorang guru pengiring; Encik Amirul telah mengambil bahagian.  Manakala seramai 53 orang pelajar dengan 2 orang guru pengiring; Puan Rozana Zainal da Cik Cheong Wee Leng merupakan tuan rumah bagi program ini.

Program berkonsep mentor mentee ini berjaya mencapai objektif di mana hasil pemerhatian menunjukkan pelajar berusaha bertukar-tukar pendapat dan teknik ulangkaji sepanjang program ini berjalan.  Semoga usaha ini dapat memberikan impak yang cemerlang kepada SPM pelajar kelak.  Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang mengambil bahagian dan bertungkus-lumus memastikan program ini berlangsung dengan baik.

Berikut adalah foto-foto rentetan program ini.






Sekian terima kasih.

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH SPM

 


Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM
4 Februari sehingga 5 Februari 2014
Bilik Kecemerlangan Ilmu, SMKTHAM
 


Panitia Sejarah SMKTHAM telah membuat satu program awalan yang bertujuan membantu PdP Sejarah bagi semua pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 selama 2 hari berturut-turut.  Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM ini telah disampaikan oleh tetamu jemputan luar.

Berikut adalah maklumat program ini dan rentetan gambar yang sempat dirakam semasa program ini berlangsung.


SAMBUTAN PRA-PERAYAAN TAHUN BARU CHINA 2014

Tarikh : 29 Januari 2014
Tempat : Dataran Ilmu, SMKTHAM
Masa : 7.15 pagi - 11.00 pagi

Sambutan pra-perayaan Tahun Baru Cina 2014 telah diadakan dengan kerjasama semua guru-guru dan para pelajar.  Sambutan dilihat begitu meriah dan sangat menggembirakan hati warga sekolah dan para tetamu yang hadir.  Antara objektif program ini adalah untuk meraikan warga sekolah yang menyambut perayaan ini di samping memupuk semangat hidup bermuafakat dan saling hormat-menghormati budaya dan kepercayaan 1 Malaysia.  Berikut adalah wajah-wajah kegembiraan sepanjang program ini berlangsung.












Bersama-sama menonton hasil sumbangan adik Loh Ying Juan.

Video persembahan sepanjang program ini berlangsung.



Semoga dengan sambutan ini semua warga mendapat kegembiraan dan kekayaan berpanjangan sepanjang tahun KUDA 2014 ini.  Salam 1 Malaysia.  Sekian, terima kasih

SAMBUTAN PERAYAAN PONGGAL 2014


TARIKH : 22 JANUARI 2014
MASA : 7.15 - 11.00 PAGI
TEMPAT : GELANGGANG BADMINTON, SMKTHAM

Sambutan ini telah diadakan di peringkat sekolah pada 22 Januari yang lalu.  Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program ini berlangsung.





Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Minyak melimpah dalambelanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda.



CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN

Sambutan Maulidur Rasul SMKTHAM 1425H/2014M


Tarikh : 22 Januari 2014 (sesi pagi) / 28 Januari 2014 (sesi petang)
Masa :  7.15 pagi - 11.00 pagi / 4.00 - 6.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMKTHAM


Maulidur Rasul (kelahiran Rasul) merupakan satu tarikh bersejarah di dalam kalendar Islam iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. iaitu 12 Rabiul Awal Tahun Gajah; Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). 
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.  Sehubungan dengan itu, warga SMKTHAM telah mengadakan dua majlis khas bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara iaitu ceramah, qasidah dan sajak.  Majlis telah diorganisasikan oleh semua guru-guru sesi pagi dan petang khususnya guru-guru Pendidikan Agama Islam.
Kronologi 22 Januari 2014 (sesi pagi) 




Kronologi 28 Januari 2014 (sesi petang)





Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.  

Semoga program yang baik ini akan terus diadakan bagi mendapatkan keredhaan Ilahi di samping merapatkan hubungan antara semua warga sekolah dan mendidik semangat saling menghormati sesama agama dan budaya dalam sebuah negara yang aman dan bebas ini.  Semoga seribu rahmat dilimpahkan kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan program ini.  

PROGRAM MERENTAS DESA 2014

PROGRAM MERENTAS DESA 2014

Tarikh         : 22 Januari 2014

Tempat       : Sekitar SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng


Objektif Program :

  1. Mendidik semua warga sekolah tentang kepentingan menjaga dan memelihara kesihatan diri 
  2. Mencungkil bakat dan kebolehan bersukan di kalangan pelajar di samping mewujudkan persaingan sihat antara rumah sukan
  3. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan pelajar dan para guru

Pelajar Cemerlang PMR 2013

Pelajar-pelajar Cemerlang 2013


Seluruh warga sekolah mengucapkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada para pelajar di bawah atas  pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan awam tahun yang lalu.

Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada diri para pelajar yang lain dan menjadi titik kecemerlangan diri anda di masa hadapan.  Selamat maju jaya.

Peperiksan Menengah Rendah (PMR) 2013 


                MUHAMMAD AKMAL BIN SHAHARIN
8 A

PUTERI RATNA BINTI JOHAR
8A

CHOO LI YUAN
8A

TELESIA LEE SHIN NEE
8A


LIM WEI LIANG
7A


GRACIA BLESSINA A/P S.FRANCIS
7A



YEOW CHEE YAN
7A

MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PMR 2014

Tarikh : 2 Januari 2014
Hari : Khamis
Tempat : Dewan  Terbuka SMKTHAM
Objektif : Meraikan pelajar cemerlang dalam PMR tahun 2013




Displaying DSC_0960.JPG

Displaying DSC_0962.JPG

 Displaying DSC_0978.JPG

Displaying DSC_1006.JPG

Displaying DSC_0061.JPG

Displaying DSC_0072.JPG

Displaying DSC_0014.JPG

Displaying DSC_0022.JPG

 Displaying DSC_0054.JPG


Displaying DSC_0075.JPG

In House Training Frog Asia


In House Training Frog Asia telah diadakan di PKG Cheng pada 21/9

Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2014