Pages

Tuesday, 10 March 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSNM KAWASAN TANJONG KALI KE-43

Bagi tahun 2015 ini, SMKTHAM telah diberi kepercayaan menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Negeri Melaka Kawasan Tanjong kali ke-43.  Kejohanan berlangsung pada 10 Mac sehingga 13 Mac 2015 bertempat di Padang Sekolah dan Stadium Hang Jebat.  Sebanyak 49 buah sekolah telah mengambil bahagian terdiri daripada Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Swasta di sekitar kawasan Tanjong.

Acara perasamian telah diadakan pada 10 Mac 2015 bertempat di Stadium Hang Jebat.  Acara bermula pada jam 2.30 petang dengan persembahan kompang dari pelajar-pelajar SMKTHAM.  Pihak penganjur berbesar hati apabila Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamed Diah sudi merasmikan kejohanan ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan pada hari kejadian.