Pages

TERKINI

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN KAWASAN TANJUNG
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017


PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN KAWASAN TANJUNG DAN MERENTAS DESA
TARIKH : 26/07/2017
MASA : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT : DATARAN ILMU, SMKTHAM

Saturday, 7 March 2015

GOTONG ROYONG PERDANA SMKTHAM

Melihat kepada keperluan dan pemuafakatan semua warga SMKTHAM dalam memberikan persekitaran sekolah yang kondusif dan bermakna kepada para pelajar, jawatankuasa dan pentadbiran telah merancangkan satu program gotong-royong pada hari Sabtu minggu pertama ini.  Program ini disasarkan kepada para pelajar dan warga sekolah yang berminat.

Pada hari yang dirancangkan, lebih 80% warga pendidik dan kakitangan sokongan yang berlumba-lumba menunjukkan kepakaran dan kemahiran masing-masing di samping merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah

  1. mengecat bangunan sekolah (Anjuran Bidang Bahasa)
  2. menjahit sarung banquet (Anjuran Teknik dan Vokasional)
  3. membina mural dan dinding bertema (Anjuran Bidang Kemanusiaan)
  4. mengecat tangga kambing (Anjuran Bidang Sains dan Matematik)
  5. dan lain-lain


Berikut adalah gambar-gambar yang dapat dikongsikan bersama.










Semoga urusan warga SMKTHAM dipermudahkan dan semoga ikatan ukhuwah ini dapat dikekalkan dalam usaha menaikkan kecemerlangan SMKTHAM.