Pages

Thursday, 29 January 2015

PERSARAAN PUAN HABIBAH


Pada tanggal 28 Januari 2015, SMKTHAM telah kehilangan seorang wirawati ilmu yang gemilang khususnya bagi Panitia Bahasa Inggeris.  Sebuah majlis telah diadakan untuk meraikan persaraan Cikgu Habibah bin Chonel.  Pada jam 7.30 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku ikuti dengan lagu negeri Melaka dan Negeri Bandar Teknologi.  Majlis diteruskan pula dengan bacaan doa untuk memberkati majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan biodata beliau dan tanyangan montaj.  Dalam acara tersebut, segala jasa dan usaha cikgu Habibah telah disentuh. Beliau telah sangat berjasa terutamanya dalam mengekalkan kecemerlangan Bahasa Inggeris pelajar di sekolah ini di samping memastikan sekolah sentiasa bersih dan sedap mata memandang. Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah. Sikap cikgu Habibah yang membuatkan guru-guru mudah berurusan dengannya serta sikapnya yang mudah menerima teguran menjadikannya lebih mudah didekati.

Akhirnya, cikgu Habibah dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan. Suasana sedih dan pilu menyelebungi para pelajar dan guru.  Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Sebelum berakhir, semua pentadbir dan guru mengiringi Cikgu Habibah melangkah kaki keluar dari sekolah.

Berikut antara foto-foto kenangan buat SMKTHAM dan khususnya kepada Puan Habibah binti Chonel.



















Buat Cikgu Habibah, selamat menempuh kehidupan yang cemerlang di dunia mahu pun di akhirat.  Selalu-selalulah berkunjung ke sekolah ini... Rindu-rindulah kami di sini...

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Terima kasih CIKGU!!!!!