Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Wednesday, 9 July 2014

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014


Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET ataupun APLIKASI MUDAH ALIH.
Tema:
Tema bagi Liga Remaja Kreatif 2014 adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan”
Objektif Pertandingan:
Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan;
Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan; dan
Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan.
Durasi Penyertaan
: Kategori Video: 2 - 5 minit
  Kategori Portal Internet dan Aplikasi Mudah Alih: 1Minit
Tarikh Mula Penyertaan
: 28 Mei 2014
Tarikh Tutup Penyertaan
: 15 Ogos 2014


Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
Tema bagi pertandingan ini adalah Jalur Lebar Untuk Pendidikan dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
C. Terma dan syarat pertandingan

Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2014. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah di antara 2-5 minit dan video keterangan projek bagi kategori PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH hendaklah tidak lebih dari 1 minit.
Penyertaan bagi kategori VIDEO boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
Maklumat lanjut berkaitan pertandingan boleh diperolehi melalui laman sesawang berikut  http://lrk.mcmc.gov.my