Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Saturday, 8 February 2014

PROGRAM PERKONGSIAN BESTARI MATEMATIK TAMBAHAN



PROGRAM PERKONGSIAN BESTARI MATEMATIK TAMBAHAN
8 FEBRUARI 2014 (SABTU)
8.00 PAGI - 1.30 PETANG

Pada hari ini (8 Februari 2014), Panitia Matematik Tambahan dengan kerjasama Unit Kaunseling SMKTHAM telah mengadakan satu program usahasama bersama SBPI Selandar.  Program ini dikenali sebagai Perkongsian Bestari Matematik Tambahan 2014.

Seramai 25 orang pelajar dari SBPI Selandar dengan seorang guru pengiring; Encik Amirul telah mengambil bahagian.  Manakala seramai 53 orang pelajar dengan 2 orang guru pengiring; Puan Rozana Zainal da Cik Cheong Wee Leng merupakan tuan rumah bagi program ini.

Program berkonsep mentor mentee ini berjaya mencapai objektif di mana hasil pemerhatian menunjukkan pelajar berusaha bertukar-tukar pendapat dan teknik ulangkaji sepanjang program ini berjalan.  Semoga usaha ini dapat memberikan impak yang cemerlang kepada SPM pelajar kelak.  Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang mengambil bahagian dan bertungkus-lumus memastikan program ini berlangsung dengan baik.

Berikut adalah foto-foto rentetan program ini.






Sekian terima kasih.