Pages

Tuesday, 18 February 2014

Program Mencipta Magnet Kecemerlangan Pelajar



Syukur kepada Tuhan, Unit Kaunseling SMKTHAM dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka dan DMFK Inspirations Sdn. Bhd telah berjaya menganjurkan sebuah Program Mencipta Magnet Kecemerlangan Diri pada 15 Februari 2014 yang lalu.  

Program ini bertujuan :-
a) memperihalkan kekuatan, kelemahan, potensi dan personaliti mereka ysng sebenar
b) menggariskan paradigma terhadap diri, pelajaran, kehidupan dan pengharapan masa depan
c) menyenaraikan cabaran dan halangan yang boleh membantu kecemerlangan yang ingin dicapai
d) menyenaraikan dan mengamalkan ritun harian pelajar cemerlang
e) membincangkan mengenai undang-undang minda yang mempengaruhi pemikiran, amalan dan prestasi pelajar
f) menghujah dan mempraktikkan langkah-langkah membentuk magnet kejayaan sebagai pelajar
g) menceritakan kaedah memperkasa potensi diri sebenar
 h) menjalani proses memprogram semula minda, membongkar rahsia kehebatan diri dan menjana kecemerlangan dalam pembelajaran dan kehidupan masa hadapan


Tetamu yang cemerlang dan pakar terulung dalam dunia motivasi Malaysia ini telah berjaya membuatkan semua peserta mencapai objektif yang telah dirancangkan ini.  Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Dato Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah atas kesudian beliau melapangkan masa dan komitmen yang cemerlang dalam menjayakan program ini.  Semua AJK telah berusaha dengan jayanya sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahu pun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini terutamanya kepada semua ibu-bapa dan peserta yang mengambil bahagian.  Semoga aktiviti seperti ini akan terus dimurnikan dan dilaksanakan di masa hadapan.  Insyallah.  Syukran yazilan.

Berikut adalah foto-foto menarik sekali gus menggambarkan kecemerlangan di wajah-wajah peserta.

SESI PENDAFTARAN 

  

SESI PERTAMA DIMULAKAN 


 
 




 

 

 

 


SESI KEDUA BERLANGSUNG



 


SESI PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA SEMUA PESERTA

 

 

 

 

 

 

 

JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YB DATO DE. HJ. MOHD FADHILAH KAMSAH
 TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

 

 

 

 



 


Sekian, terima kasih

Tahun depan bertemu lagi.  Insyallah