Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Monday, 17 February 2014

PELANCARAN PROGRAM "GURU PENYAYANG SMKTHAM"


PELANCARAN PROGRAM "GURU PENYAYANG SMKTHAM"
Tarikh : 17 Februari 2014
Tempat : Dataran Ilmu, SMKTHAM


Program "Guru Penyayang SMKTHAM" telah diadakan semenjak beberapa tahun yang lalu.  Pada hari ini, satu pelancaran 2014 telah diadakan bagi program ini.  Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan Tuan Pengetua dan Pengerusi program.  Program ini adalah bertujuan :

  • mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee
  • meningkatkan kesedaran dan minat untuk terus belajar bagi memperbaiki kelemahan diri
  • mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai satu sama lain
  • menyuburkan budaya sihat dalam kalangan murid dan guru yang boleh membantu meningkatkan pencapaian sahsiah unggul
  • membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka
Beberapa orang pelajar terpilih telah dipanggil ke pentas dan diberi kejutan oleh AJK yang terlibat sebelum dinyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir" oleh semua guru dan pelajar.  Berikut adalah foto-foto menarik yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung.  

Cikgu Sayang Anda...

 


Wajah tertekan..

Pelajar pun tertanya-tanya apa yang berlaku???


 

Muka ada senyum...

Pelajar menerima kejutan ucapan "Selamat Hari Lahir" dari warga SMKTHAM

 

Nyum.. Nyum.. Nyum...

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.