Pages

TERKINI

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SELAMAT TAHUN BARU

TAHUN 2017

Friday, 24 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul SMKTHAM 1425H/2014M


Tarikh : 22 Januari 2014 (sesi pagi) / 28 Januari 2014 (sesi petang)
Masa :  7.15 pagi - 11.00 pagi / 4.00 - 6.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMKTHAM


Maulidur Rasul (kelahiran Rasul) merupakan satu tarikh bersejarah di dalam kalendar Islam iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. iaitu 12 Rabiul Awal Tahun Gajah; Isnin (Dari hadith riwayat Muslim) bersamaan dengan 23 April 571 Masehi. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala (S.W.T). 
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.  Sehubungan dengan itu, warga SMKTHAM telah mengadakan dua majlis khas bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara iaitu ceramah, qasidah dan sajak.  Majlis telah diorganisasikan oleh semua guru-guru sesi pagi dan petang khususnya guru-guru Pendidikan Agama Islam.
Kronologi 22 Januari 2014 (sesi pagi) 




Kronologi 28 Januari 2014 (sesi petang)





Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (S.A.W), kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.  

Semoga program yang baik ini akan terus diadakan bagi mendapatkan keredhaan Ilahi di samping merapatkan hubungan antara semua warga sekolah dan mendidik semangat saling menghormati sesama agama dan budaya dalam sebuah negara yang aman dan bebas ini.  Semoga seribu rahmat dilimpahkan kepada semua guru dan pelajar yang menjayakan program ini.