Pages

TERKINI

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN KAWASAN TANJUNG
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2017


PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN KAWASAN TANJUNG DAN MERENTAS DESA
TARIKH : 26/07/2017
MASA : 7.30 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT : DATARAN ILMU, SMKTHAM

Friday, 24 January 2014

PROGRAM MERENTAS DESA 2014

PROGRAM MERENTAS DESA 2014

Tarikh         : 22 Januari 2014

Tempat       : Sekitar SMK Tun Haji Abdul Malek, Cheng


Objektif Program :

  1. Mendidik semua warga sekolah tentang kepentingan menjaga dan memelihara kesihatan diri 
  2. Mencungkil bakat dan kebolehan bersukan di kalangan pelajar di samping mewujudkan persaingan sihat antara rumah sukan
  3. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan pelajar dan para guru



Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Jamil bin Jaamat

Rentetan gambar sepanjang program ini.

Para guru dan AJK Rumah Sukan sibuk mengedarkan nombor peserta setiap kategori

Setiap peserta dibekalkan dengan nombor pengenalan Rumah Sukan masing-masing

Semua peserta beratur menanti sebelum program dimulakan.

Senamrobik diketuai oleh jurulatih bertauliah yang didatangkan khas untuk acara ini
Aktiviti memanaskan badan penting sebelum memulakan acara

Minuman dan makanan ringan disediakan untuk semua peserta program

Jawatankuasa Penamat telah bersedia awal sebelum acara dimulakan.

Piala dan cenderamata yang menjadi rebutan setiap peserta dan Rumah Sukan.

Keputusan Rasmi

Rumah sukan Hang Tuah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Merentas Desa bagi tahun ini, manakala rumah sukan Hang Lekir sebagai Naib Johan diikuti rumah sukan Hang Jebat dan rumah sukan Hang Kasturi.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang berdedikasi dan sedia bertanggungjawab memastikan program ini berjalan dengan lancar sebelum, semasa dan selepas program dengan jayanya.

Semoga semangat kesukanan di kalangan pelajar akan berterusan sehingga ke kejohanan peringkat sekolah, daerah dan seterusnya mengharumkan nama Melaka suatu hari kelak.

Majulah Sukan Untuk Negara